Posts

Tasik Kenangan di PLKN

Image
23 September 2018 - Hai, Assalamualaikum semua :) Hari ini saya akan kongsikan pengalaman yang sangat berharga bagi saya semasa menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya harap kamu semua sukakannya. Pada akhir tahun 2017, ramai daripada batch saya telah mendapat tawaran untuk menyertai PLKN di Kem PLKN Cenderawasih, Cador, Marang ,Terengganu. Namun, saya antara orang yang terlewat mendapat tawaran tersebut. Memandangkan saya mempunyai masa yang terluang selepas menamatkan persekolahan, keluarga saya mendorong dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyertai program ini yang kebetulannya kakak saya juga pernah menjalani latihan di sebuah kem PLKN. 6 Januari 2018 (Sabtu) - Saya telah mendaftarkan diri sebagai pelatih di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang di Terengganu. Pada mulanya, saya rasa takut untuk menyertai kem ini kerana ramai yang berpendapat dengan menyertai kem yang sebegini hanya membuang masa dan tenaga. PLKN yang saya sertai kali ini adalah siri...