Tasik Kenangan di PLKN
23 September 2018 -
Hai, Assalamualaikum semua :) Hari ini saya akan kongsikan pengalaman yang sangat berharga bagi saya semasa menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya harap kamu semua sukakannya.
Pada akhir tahun 2017, ramai daripada batch saya telah mendapat tawaran untuk menyertai PLKN di Kem PLKN Cenderawasih, Cador, Marang ,Terengganu. Namun, saya antara orang yang terlewat mendapat tawaran tersebut. Memandangkan saya mempunyai masa yang terluang selepas menamatkan persekolahan, keluarga saya mendorong dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyertai program ini yang kebetulannya kakak saya juga pernah menjalani latihan di sebuah kem PLKN.
6 Januari 2018 (Sabtu) - Saya telah mendaftarkan diri sebagai pelatih di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang di Terengganu. Pada mulanya, saya rasa takut untuk menyertai kem ini kerana ramai yang berpendapat dengan menyertai kem yang sebegini hanya membuang masa dan tenaga. PLKN yang saya sertai kali ini adalah siri baru yang mengambil masa dua bulan.
14 - 18 Januari 2018 (Minggu 1) - Pada hari pertama di kem, sesi perkenalan antara jurulatih dan anggota tentera yang berkhidmat disitu berjalan lancar. Disini, kami perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan dengan menjaga disiplin diri. Maklumlah, seperti di kem latihan tentera. Pada waktu pagi, kami juga ada kelas seperti sekolah dan perlu menghadiri kelas dan tidak dibenarkan ponteng. Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas adalah mengikut tema yang terdapat dalam modul PLKN. Antaranya, tarian yang tradisional daripada pelbagai kaum di Malaysia yang perlu dipersembahkan di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan pelatih PLKN. Selain itu, persembahan flashmob yang terbaik dan pertandingan antara kelas diadakan.
21 - 25 Januari 2018 (Minggu 2) - Banjir berlaku di kem yang airnya setinggi paras lutut. Laluan ke penginapan wirawati telah dibanjiri dengan air dan lebih mencabar terdapat lintah didalamnya kerana air yang mengalir itu datangnya dari sungai yang berdekatan. Pada keesokan paginya, air telah pun surut dan kelas berjalan seperti biasa dan pada petangnya sesi latihan kawad bermula.
28 Januari - 1 Februari 2018 (Minggu 3) - Permainan kreativiti seperi see and rescue dan punctured drum diadakan. Permainan ini memerlukan kerjasama antara kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan sekali gus dapat membina semangat kesukanan dalam berpasukan. Ikhtiar Hidup Perkemahan (IHP) juga diadakan sebagai pendedahan awal sebelum melakukan aktivitinya.
3 Februari 2018 - Hari Pembukaan Kem PLKN di Terengganu telah diadakan di kem PLKN Padang Kacong, Terengganu. Saya telah menyertai kumpulan yang ditugaskan untuk membuat persembahan teater di sana dan melakonkan kembali peristiwa Tok Janggut.
4 - 8 Februari 2018 - Modul Malaysiaku telah berlangsung dengan jayanya. Modul ini berkait dengan sejarah di Malaysia. Pelbagai aktiviti di dalam kelas yang memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sejarah Malaysia. Yang lebih menarik, simulasi pilihanraya telah diadakan bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan mengenai pilihanraya. Ada di antara para pelatih telah mengambil peranan sebagai polis, orang yang kelainan upaya (OKU), orang tua, orang yang mengandung dan semestinya orang awam.
11 - 15 Februari 2018 - Pertandingan kembara halangan antara kompeni Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Saya mewakili kompeni wirawati Delta dan kompeni kami berjaya meraih naib johan dalam pertandingan tersebut.
19 - 22 Februari 2018 - Aktiviti yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba iaitu aktiviti flying fox dan abceiling. Pada mulanya, saya merasa takut untuk melakukannya kerana aktviti ini dilakukan di menara atau tempat yang tinggi yang memerlukan keberanian. Peraan gayat dan takut saya cuba hilangkan dan syukur saya dapat lakukan dengan baik walau pada mulanya saya menangis.
25 Februari - 1 Mac 2018 - Karnival sukan telah diadakan dan Delta telah menjadi juara keseluruhan. Saya juga mengambil bahagian dalam kawad formasi sebagai persembahan untuk hari penutup. Survival camp telah dijalankan dimana kami berjalan selama 3 jam di dalam ladang kelapa sawit dan memasak menggunakan cara yang telah diajarkan kepada kami melalui IHP.
3 Mac 2018 - Perbarisan tamat latihan telah diadakan pada siangnya dan pada sebelah malamnya, makan malam dengan menggunakan tema "Cowboy Nite Dinner" telah diadakan. Semua warga kem diminta berpakaian mengikut tema dan pertandingan karaoke turut diadakan.
4 Mac 2018 - Pulang ke rumah dengan berat hati dan teruja sebab ingin berjumpa keluarga tercinta.
Kini, beberapa bulan sudah berlalu dan merasakan pengalaman ini banyak mengajar erti sebuah persahabatan dan kerjasama. Sungguh rindu pada bumi Cador dan warganya. Alangkah indahnya jika diberi peluang untuk menyertainya lagi. Terima kasih buat sahabat dan jurulatih yang menguatkan saya sepanjang dua bulan di PLKN walaupun kini kita semua telah berjauhan. Sekian, salam sayang dan rindu dari kejauhan buat Cadorians.
Panji-panji setiap kompeni di Kem PLKN Cenderawasih Cador Siri 15/2018.
Sijil Tamat Latihan

Comments
Post a Comment